Jika anda tercari-cari hotel apa yang ada di Sandakan, ini antara senarai yang kami boleh bantu anda.
Kami tahu, sebagai pelancong, anda mahukan tempat penginapan yang selesa namun masih dalam bajet yang disediakan. Lagi jimat, lagi bagus. Sebagai orang Sandakan, lahir dan menetap di sini, kami harap, pengalaman kami ini dapat membantu anda memilih hotel terbaik apabila datang ke Sandakan.
Berikut merupakan senarai hotel-hotel top mewah tetapi harga murah yang ada di sekitar Sandakan.
1. Sabah Hotel
Berdasarkan pemerhatian kami, hotel ini mendapat review dan rating yang bagus dari kebanyakan pelanggan. Ia terletak di puncak bukit. Katanya dikelilingi pemandangan hutan hujan tropika Borneo. Sangat menarik pemandangan di sini. Kerana tu ia mendapat review yang bagus dari kebanyakan pelanggan.
Lokasinya kalau dari Airport Sandakan ada dalam 12 km je. Mall pun dekat je dengan hotel ni. Dalam 1.7 km. Iaitu Gentingmas Mall.
Kalau suasana kat dalam tu, bilik memang ada aircond dan TV. Lebih kepada konsep bilik moden. Jadi memang rasa mewah lah sikit dekat sini walaupun harganya tidak mahal. Dekat luar, ada cafe yang korang boleh minum tea sambil menghadap kolam renang.
Harga?
Jangan terkejut. Hanya RM 170/sehari bagi bilik twin/double. Haa, murah kan. Dengan suasana mewah macam tu, memang berbaloi-baloi la.
Korang tengok gambar-gambar sekitar dan dalam Sabah Hotel ni. Cantik kan?
2. Four Points By Sheraton Sandakan
Ini satu lagi hotel yang digemari oleh ramai pelancong yang datang ke Sandakan. Review kalau dilihat memang cemerlang. Lokasi hotel ni lebih dekat dengan pusat bandar Sandakan. Hanya 400 meter je.
Lagi best, dekat sangat dengan mall. Mudah nak shopping. Hotel ni duduk sebelah Sandakan Harbour Mall je. Yang paling power, hotel ni menghadap ke Teluk Sandakan dan Laut Sulu, hamek kau. Memang view letop-letoplah. Siapa yang suka duduk di hotel yang nak bagi inspirasi sikit, memang sini insya Allah dapat hilangkan stress.
Jarak dari Lapangan Terbang Sandakan dalam 13.6 km je. Kalau dari segi kemudahan bilik tu, pertama konfirm-konfirm ada wifi. Setiap bilik tu ada perabot moden, lengkap TV satelit flat screen, aircond dan siap berpemandangan bandar dan pelabuhan dari bilik. Syok sangat.
Harganya pun sangat okey. Bagi bilik double atau twin, harga hanya RM 220/sehari. Duduk dekat sini pun memang sangat best. Padan dengan harga, pengalaman dan pemandangan yang didapati tak boleh ditukar ganti.
Hanya RM 220 sehari, dapat view macam hotel harga RM 400++ kalau di Kuala Lumpur. Tengoklah ni gambar pemandangan dari bilik hotel. Memang stunning! Awesome.
3. Livingstone Hotel
Salah satu daripada hotel terbaik di Sandakan. Memang secemerlang Sabah Hotel dan Four Points yang kami bagitau dekat atas tadi. Dengan harga yang amat murah, bilik deluxe double boleh didapati dengan hanya RM 160/sehari.
Biliknya juga lengkap ada TV, aircond dan Wifi percuma. Review daripada para pelawat pun memang tinggi. Lebih dari memuaskan dan ramai selalu datang sini balik. Tempahan pun cepat habis sebab kualiti hotel yang tinggi tetapi harga memang sangat murah.
Yang nak hotel selesa mewah dan harga murah, boleh bermalam di sini. Lokasinya pula macam mana?
Hotel ni lebih dekat dengan Lapangan Terbang Sandakan. Hanya 9.6km sahaja dari airport. Dengan Gentingmas Mall hanya 4.7km. Dari pusat bandar kita anggarkan dalam 3.1km. Lokasi yang dekat juga dengan semua kemudahan.
Amat berbaloi kalau anda nak save budget dengan mendapatkan bilik di sini. Selesapun selesa. Harga memang murah. Servis tiptop dapat review cantik dari ramai pelanggan.

Kesimpulannya, ini antara Top 3 hotel yang admin cadangkan untuk korang yang nak melancong di Sandakan. Sesuai sangat kemudahan hotel ini untuk korang yang nak duduk selesa, nak berehat secara santai dengan sedikit konsep mewah dan moden serta nak pada harga yang jauh murah. Inilah pilihannya.
Bab pengangkutan, kalau datang ke Sandakan ni, jangan bimbang. Kami dari Kereta Sewa Murah Sandakan memang sentiasa available untuk membantu anda. Dapatkan kereta sewa harga murah yang jadi pilihan ramai. Nak kami hantar kereta ke airport pun boleh. Percuma je penghantaran kereta kami ke airport dan ambil balik di airport. Nak kereta apa, semua ada. Asal anda selesa dan boleh nikmati pemandangan di Sandakan dengan lebih tenang.
Kalau bermalam di hotel-hotel ni, jangan bimbang kalau sewa kereta kami ni, insya Allah kebanyakan hotel ni menawarkan parking percuma. Tiada masalah bab nak park.
Kalau perlu bantuan kami bab nak pilih hotel nak dapatkan kenderaan, nak cari tempat menarik, nak kedai makan yang sedap, boleh juga tanya kami. Kami cadangkan the best untuk anda. Your Sandakan Travel Partner kan. Hehe. Okey gais. Semoga panduan di atas memberi manfaat kepada anda. Jumpa lagi.
Pesanan penaja :-
Nak tempah kereta sewa, isi je borang tempahan di bahagian paling bawah dalam website kami iaitu www.keretasewamurahsandakan.blogspot.my. Atau jika anda mahu menempah bagi pelancong Inggeris, boleh ke laman web kami yang kedua iaitu www.shahsandakancarrental.com. For tourist who want to rent car in Sandakan.
No comments:
Post a Comment